Thursday, December 31, 2009

Salam Perkenalan SK Durian Hijau





Assalamualaikum w.b.t..


Tak terlambat lagi rasanya menghulurkan salam perkenalan buat semua..sesiapa saja tak kira bangsa dan agama.

Blog ini masih terlalu baru di persada blog negara...Baru je dilancarkan oleh warga SK Durian Hijau, Jerantut..Sebenarnya idea mewujudkan blog sekolah ini telah lama timbul..namun kekangan masa menyebabkan usaha ke arah itu tertangguh.Syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya gak mewujudkan blog yang serba ringkas ni.

Kewujudan blog ini tidak lain tidak bukan sebagai satu wadah..untuk berkongsi ilmu,menyebarkan informasi dan sebagai medium komunikasi antara warga SK Durian Hijau sama ada yang masih berjuang di SK Durian Hijau atau yang pernah sama-sama berjuang di sini..Mungkin juga blog ini sebagai penghubung antara sekolah ini dengan jiran-jiran sedaerah..atau lebih lagi ke seluruh Malaysia.Diharapkan dapatlah kita sama-sama berkongsi tips, ilmu dan pengetahuan dalam sama-sama mengharungi arena pendidikan yang semakin mencabar ini.InsyaAllah.

Salam Perkenalan Daripada SK Durian Hijau, Jerantut, Pahang Darul Makmur..

1 comments:

unknown said...

Tahun 1972, Guru SK Durian Hijau seramai 3 orang iaitu:

Cikgu Muhamad - Guru Besar
Cikgu Azizan - Guru Kelas
Ustaz Khazizi - Guru Ugama

Post a Comment