Wednesday, January 28, 2015

SELEMBAR KENANGAN 2014.

KENANGAN TAHUN 2014 SK DURIAN HIJAU

Alhamdulillah setelah bertahun tahun tidak menjengah Blog yg dah berhabuk ni, hari ni tergerak hati update serba sedikit perjalanan SKDH pada tahun lepas,Tahun 2014 tahun pemuh gilang gemilang buat SKDH.Antara kejayaan sepanjang 2014 yang amat 
manis untuk diingati :
1. Kejayaan UPSR 2014, GPS 1.25 Lulus 100% 
2. Mengekalkan kedudukan No.1 Daerah Jerantut bagi UPSR 2014,No.4 negeri Pahang
3. Perkhemahan Peringkat Antarabangsa (Jamboree Antarabangsa Kem Mahkota Jengka)
4. Penyertaan di peringkat negeri (Olahraga MSSP ) acara Lontar Peluru Bawah 12 Perempuan
5. Tempat ke-4 Karnival Ko-akademik Bahasa Melayu Peringkat Daerah Jerantut
6. Suku Akhir bagi acara ping pong, bola baling MSSD Jerantut (Perempuan Bwh12)
7. Johan 3 kali berturut turut Bola Jaring MSS Zon Gelanggi (Pasukan All Stars)
8. Tempat Ke-3 Bola Jaring MSSD Jerantut (Pasukan All Stars)
9. Johan Lontar Peluru MSSD Jerantut (P12) & Naib Johan Lontar Peluru (L10)
10. Suku akhir Karnival Futsal Prasekolah
11. Lawatan Celcom Wilayah Timur
12. Program 1st Touch Futsal anjuran POLISAS
13.Lawatan ke Medan sempena kejayaan UPSR 2014
14 Dan banyak lagi..layan je la gambor2 kenangan menusuk jiwa 2014

 Hari Anugerah Cemerlang
 Batch UPSR 2014 (Terbaik dalam sejarah sekolah)
 Jamboree antarabangsa Jengka

 Program Keusahawanan Tahun 6 "Road To Medan"
Sambutan Ibadah Korban Perdana 


 Karnival Futsal Prasekolah
 Sambutan Bulan Kemerdekaan

 English Fun Fair Anjuran TELL2 Jerantut Cluster

 All Stars Di Kejohanan Bola Jaring MSSD Jerantut
Sambutan Maulidur Rasul

Dan banyak lagi..Moga kejayaan demi kejayaan terus bersama SKDH.."Usaha Sampai Jaya"

Monday, July 18, 2011

Selamat berjuang!




Selamat berjuang buat murid-murid tahun 6 yang akan menempuh ujian percubaan UPSR minggu ini..Sedar tak sedar, dah pun tiba masa menempuh ujian percubaan.Maknanya tak lama je lagi nak betul2 UPSR.Harapnya, calon2 UPSR SKDH tak lagi dalam mood bersantai.Segalanya mesti dah dihujung jari.Tinggal nak diterjemahkan kat kertas ujian je nanti.

Apa-apa pun..selamat berjuang! Cikgu doakan kejayaan kalian semua..Ayuh,buktikan sesuatu!

SKDH boleh!!


Saturday, July 9, 2011

Sehari di Kuala Lumpur















































Sekadar berkongsi sedikit kenangan lawatan ke Kuala Lumpur pada tanggal 2 Julai 2011...Pelbagai suka dan duka telah dilalui demi menjayakan lawatan ini yang telah dirancang seawal 3-4 bulan yg lepas..Sebetulnya, tahun lepas memang tiada lawatan sambil belajar mampu kami adakan disebabkan faktor bajet dan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Murid-murid dan para guru memang teruja menyertai rombongan bagi tahun ini..destinasinya ibu negara kita yg tercinta iaitu Kuala Lumpur..Masing-masing tidak sabar2 ke Kuala Lumpur..bas sudah ditempah,surat kelulusan dari JPN pun dah dapat...semuanya memang nampak lancar sekali.

Malangnya...tiba-tiba saja semuanya jadi kelam kabut,gara-gara pelancaran dasar 1murid 1 sukan.Larian serentak bakal diadakan pada tarikh yang sama dirancang bagi program lawatan.Pening juga la cikgu2 nak cari jalan penyelesaian..setelah pelbagai halangan dan dugaan..jalan keluar mampu juga dijelmakan..Talian hayat berjaya didapatkan..murid dan cikgu yg tidak menyertai lawatan terpaksa la berkorban..Larian 1malaysia tetap berjalan seperti diinginkan hasil bantuan PIBG dan Belia 4B Kg Durian Hijau,Syukur sgt2 rasanya...Lawatan juga lancar seperti dirancang..memang nampak sinar keceriaan di riak wajah murid2 dan guru yg turut serta..Tempat2 menarik seperti Aquaria, KLCC, Petrosains, Putrajaya, Tesco Ampang sempat juga dilawati dalam keadaan masa yg amat terhad..

Paling best sekali..saat makan tengahari kat Kg Baru..mmg ceria sgt semua orang..al-maklum la. dapat makan free..menu lak,,mmg sedap...thanks byk2 buat pihak DBKL yg sudi sponsor mkn...terima kasih daun keladi,lain kali sponsor lagi..:)


Rasanya..semua yg turut serta memang berpuas hati dengan lawatan tersebut..Satu kenangan terindah buat murid dan guru untuk tahun 2011.Jika ada rezeki, tahun hadapan pasti kita boleh lagi merancang lawatan lebih gempak..sekalung tahniah buat semua yg telah menjayakan lawatan kali ini...

Jumpa lagi....

Monday, July 4, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia






Bertemu semula dlm entri terbaru...sekadar berkongsi kenangan larian 1 Malaysia bersempena pelancaran dasar 1 murid 1 sukan...walau pelbagai halangan melanda..berjaya juga kami menganjurkan larian 1 Malaysia sebagai tanda sokongan kepada dasar 1 murid 1 sukan...

Enjoice....rangkuman larian @ 2 julai 2011


Thursday, December 31, 2009

Salam Perkenalan SK Durian Hijau





Assalamualaikum w.b.t..


Tak terlambat lagi rasanya menghulurkan salam perkenalan buat semua..sesiapa saja tak kira bangsa dan agama.

Blog ini masih terlalu baru di persada blog negara...Baru je dilancarkan oleh warga SK Durian Hijau, Jerantut..Sebenarnya idea mewujudkan blog sekolah ini telah lama timbul..namun kekangan masa menyebabkan usaha ke arah itu tertangguh.Syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya gak mewujudkan blog yang serba ringkas ni.

Kewujudan blog ini tidak lain tidak bukan sebagai satu wadah..untuk berkongsi ilmu,menyebarkan informasi dan sebagai medium komunikasi antara warga SK Durian Hijau sama ada yang masih berjuang di SK Durian Hijau atau yang pernah sama-sama berjuang di sini..Mungkin juga blog ini sebagai penghubung antara sekolah ini dengan jiran-jiran sedaerah..atau lebih lagi ke seluruh Malaysia.Diharapkan dapatlah kita sama-sama berkongsi tips, ilmu dan pengetahuan dalam sama-sama mengharungi arena pendidikan yang semakin mencabar ini.InsyaAllah.

Salam Perkenalan Daripada SK Durian Hijau, Jerantut, Pahang Darul Makmur..