Saturday, July 9, 2011

Sehari di Kuala Lumpur















































Sekadar berkongsi sedikit kenangan lawatan ke Kuala Lumpur pada tanggal 2 Julai 2011...Pelbagai suka dan duka telah dilalui demi menjayakan lawatan ini yang telah dirancang seawal 3-4 bulan yg lepas..Sebetulnya, tahun lepas memang tiada lawatan sambil belajar mampu kami adakan disebabkan faktor bajet dan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Murid-murid dan para guru memang teruja menyertai rombongan bagi tahun ini..destinasinya ibu negara kita yg tercinta iaitu Kuala Lumpur..Masing-masing tidak sabar2 ke Kuala Lumpur..bas sudah ditempah,surat kelulusan dari JPN pun dah dapat...semuanya memang nampak lancar sekali.

Malangnya...tiba-tiba saja semuanya jadi kelam kabut,gara-gara pelancaran dasar 1murid 1 sukan.Larian serentak bakal diadakan pada tarikh yang sama dirancang bagi program lawatan.Pening juga la cikgu2 nak cari jalan penyelesaian..setelah pelbagai halangan dan dugaan..jalan keluar mampu juga dijelmakan..Talian hayat berjaya didapatkan..murid dan cikgu yg tidak menyertai lawatan terpaksa la berkorban..Larian 1malaysia tetap berjalan seperti diinginkan hasil bantuan PIBG dan Belia 4B Kg Durian Hijau,Syukur sgt2 rasanya...Lawatan juga lancar seperti dirancang..memang nampak sinar keceriaan di riak wajah murid2 dan guru yg turut serta..Tempat2 menarik seperti Aquaria, KLCC, Petrosains, Putrajaya, Tesco Ampang sempat juga dilawati dalam keadaan masa yg amat terhad..

Paling best sekali..saat makan tengahari kat Kg Baru..mmg ceria sgt semua orang..al-maklum la. dapat makan free..menu lak,,mmg sedap...thanks byk2 buat pihak DBKL yg sudi sponsor mkn...terima kasih daun keladi,lain kali sponsor lagi..:)


Rasanya..semua yg turut serta memang berpuas hati dengan lawatan tersebut..Satu kenangan terindah buat murid dan guru untuk tahun 2011.Jika ada rezeki, tahun hadapan pasti kita boleh lagi merancang lawatan lebih gempak..sekalung tahniah buat semua yg telah menjayakan lawatan kali ini...

Jumpa lagi....

0 comments:

Post a Comment